Alahai Fattah Amin… tak move on lagi ke dengan kisah lama bersama Neelofa. Ingatkan apabila sudah sah bernikah dengan Fazura, segala kisah lama boleh dilupakan. Maklumlah sekarang ni sedang menyulam bahagia berumah tangga.

Alkisahnya semasa ke set program live Meletop Selasa lalu (semalam), Fattah yang sudah siap memasuki set tiba-tiba membatalkannya pada saat-saat akhir. Meletop diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa sejak awal diterbitkan. Alasan klise dan official yang diberikan ialah dia terpaksa bergegas pulang kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.