Scan QR Code ini untuk lagu medley live Uji Rashid

Sewaktu menghadiri pelancaran produk Aura Anggun di Kajang baru-baru ini kelihatan gaya dan pemakaian penyanyi popular era 70an Uji Rashid agak berbeza dari kebiasaanya. Uji Rashid kelihatan begitu bergaya dan anggun sekali. Pemilihan menjadi ikon bagi produk tersebut tepat sekali, kerana diusia begini Uji Rashid masih kekal dengan kecantikkan asli, sihat, aktif dan sentiasa cergas.Apabila diminta bergambar dengan busana yang cukup menyerlah itu, lantas dengan rela hati Uji memberikan pos yang agak menarik sekali istimewa buat peminat-peminatnya. Gondang mengucapkan semoga Uji Rashid dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.