Tanggal 24 November lalu berlangsung dengan meriahnya Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (AKIFMA) yang julung kali diadakan.

Pastinya wartawan hiburan amnya dan penulis berkaitan perfileman khususnya menyambut baik inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Majlis tersebut mendapat sokongan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tengku Khalidah tampil glamor.

“Dalam perjuangan kepada bidang penulisan, seseorang wartawan sejati itu tidak pernah peduli kepada soal populariti, jauh sekali anugerah besar atau pangkat dan gelaran.

Syazwan Zakaria menang dua kategori.

“Bagaimanapun, jika diberi pengiktirafan sebegini oleh pihak industri, ia adalah satu penghormatan yang sangat bererti.

Tengku Suzana bersama rakan rakan akhbar Kumpulan Utusan.

“Trofi Akifma adalah seumpama trofi Oscar buat wartawan hiburan, khususnya yang menulis tentang bidang perfileman dalam negara ini,” kata Presiden WHAM Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Sebanyak 12 trofi diberikan dan tujuh daripadanya dimenangi oleh wartawan dan bekas wartawan yang memulakan kerjaya bersama Kumpulan Utusan.

Pemenang pemenang adalah seperti berikut;

Anugerah Pojok Terbaik: Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (BH): Beginikah Perilaku Penggiat Seni?

Anugerah Wartawan Hiburan Muda: Angelin Yeoh : The Star

Anugerah Khas Juri 1: Syazwan Zakariah: Konsistensi dalam memfokus segmen industri filem.

Anugerah Khas Juri 2: Tengku Suzana Raja Hamat: Penulisan yang mantap dalam aspwk olahan ayat dan penggunaan nahu Bahasa Kebangsaan yanf menarik.

Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem: Syazryn Mohd Faizal: Estetika Tinggi Dari U-Wei Dalam Hanyut: MStar Online.

Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik: Adam Salleh: Masih Mencungap Mengejar RM75 Juta (Harian Metro).

Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Baharu): Elrafaei Sapi: Filem Tempatan Tidak Jelas, Kita Hanya Buat Fioem Darai : Rojak Daily.

Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen): Syazwan Zakariah: Jomovie: Astro.

Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Cetak): Mumtaj Begum: A Pioneer In Filmmaking: The Star.

Anugerah Kewartawanan Cemerlang: Abdul Aziz Ittar: Mingguan Malaysia & Rozdan Mazalan: (BH).

Anugerah Tokoh Wartawan Hiburan: Fauziah Rauf.