Pemain gitar terkenal Aji atau Fauzi Samin meninggal dunia hari ini. Rakan artis mulai ucap takhziah di laman sosial masing masing.

Alfatihah. Aji dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat serangan jantung.

Aji, 50, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Berita kematian Aji dikongsikan oleh ramai kenalan antararanya penyanyi Datuk Hattan, Helen Yap, Johan Aziz dan ramai lagi teman rapat Allahyarham di media sosial.

Ketika hayatnya, Allahyarham sering menjadi pemuzik undangan untuk beberapa artis tanahair antaranya Datuk Shiela Majid, Datuk Zainal Abdin, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi.