Aishah menepati ramalan penyokong apabila menjuarai Gegar Vaganza musim ke empat (GV4) malam tadi.

Aishah, 52, membawakan lagu All by Myself untuk segmen solo serta lagu Supergirls bersama Liza Hanim dalam segmen battle.

Aishah dan Liza Hanim saat keputusan diumumkan.

Aishah membawa pulang wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.

Hazami hanya tangga keempat.

Dia juga dapat barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucar beli-belah yang bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan Piala Gegar Vaganza.

Aishah buktikan usia bukan penghalang.

Naib juara, Liza Hanim membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM5,000 serta trofi pertandingan.

Tempat ketiga dirangkul Lan Solo berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Boracay, barangan kemas, baucar barangan tunai bernilai RM4,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Tempat keempat diraih Hazami dengan hadiah wang tunai RM20,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Jogjakarta, barangan kemas, baucar barangan tunai RM3,000 sumbangan Go Shop serta trofi. Ramai yang meramal Hazami bakal duduki tempat tiga teratas.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Firman manakala Tia Jinbara pula berjaya mendapat tempat keenam.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, diiringi oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan Penaja Platinum GV4, Dato’ Seri Vida.

Juri final dibuat oleh komposer Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, program ini ke udara setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).