Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kembali melantik pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Perbadanan itu memaklumkannya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam.

“Perbadanan dengan berbesar hati ingin mengumumkan pelantikan YBrs. En.
Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu berkuatkuasa 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.

Ahmad idham

“Semoga dengan pelantikan beliau ini,
FINAS akan terus menjana kecemerlangan sebagai sebuah badan yang memaju,
menggalak dan memelihara kemajuan industri perfileman tanah air,” kata kenyataan daripada Penverusinya, Zakaria Abdul Hamid.

Kenyataan dibuat semasa memberi responds kepada pengumuman Perdana Menteri berkaitan pelan pemulihan ekinomu jangka pendek bagi industri kandungan kreatif.

“Finas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan di atas keprihatinan terhadap pembangunan semula sektor ekonomi industri kreatif negara yang telah terjejas akibat penularan wabak Covid-19 dengan mendapatkan insentif dan dana.

“Sehubungan dengan itu, FINAS juga menyambut baik dan berterima kasih di atas peruntukan sebanyak RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri ini melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara akan dikawal selia oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah
yang pastinya akan memberi manfaat kepada pemegang taruh industri,” kata beliau lagi.