Pelakon muda jelita Afifah Nasir rupa rupanya wanita yang berkaraoke bersama Aliff Aziz di Cheras semalam.

Namun kenyataan Afifah dan Bella Astillah bercanggah sama sekali. Masing masing mempertahankan diri.

Afifah membela diri pergi ke pusat karaoke itu kerana urusan produksi. Mereka berlakon sama dalam sebuah drama.

Namun video mereka daripada CCTV di pusat karaoke yang tular tu menunjukkan Aliff dan Afifah berpimpin tangan.

Bella pula memberitahu media yang dia pernah memberi amaran kepada Afifah agar tidak mengganggu rumah tangganya, malah Afifah memberitahu yang dia pun tak mahukan Aliff kerana sudah ada teman lelaki.

Akhirnya mereka terkantoi juga bila Bella membuat serangan hendap ke pusat karaoke dengan pengakhirannya dia disiku dan dicederakan Aliff.