Pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki terpanggil untuk membuat misi kemanusiaan menziarahi warga Rohingya di kem pelarian Cox Bazaar, Bangladesh pada 5 November ini.

Ekoran itu dia memohon dermawan untuk menghulurkan bantuan bagi menyampaikan sumbangan kepada pelarian sesama Islam yang menjadi mangsa penindasan pasukan keselamatan dan askar Myanmar itu.

“Assalamualaikum and good day semua. On sunday 5th November i am going to Cox Bazaar in Bangladesh to visit Rohingyan refugee camps with Yayasan Kubra dan Yayasan Afdlin Shauki. The situation there is dire and children are starting to die of starvation and disease.

Afdlin terpanggil membantu pelarian Islam Rohingya.

“I was just wondering if you, people you know or your foundation would like to donate something for the mission. If you or anyone from your circle is interested to lend a helping hand via contribution please let me know. Tq so much. Afdlin,” kata Afdlin.

Bagi yang mahu menyumbang boleh pindahkan wang ke akaun akaun berikut;

Tabung pendidikan dan kebajikan *Yayasan Kubra*
Bank Islam Account number : 14023010012816

*Yayasan Afdlin Shauki*
Maybank Account number :564810516713