Barangkali sudah habis ikhtiar pelakon Aeril Zafrel menuntut wangnya sejumlah RM100K daripada seorang pengusaha produk wangian.

Setelah habis ikhtiar pelakon kacak itu memuatnaik status mencari seorang pengusaha dengan tajuk postingnya, DITIPU RM100K OLEH DATUK HOT PERFUME. Dia turut memuatnaik sekeping gambar lelaki dipercayai Datuk yang dimaksudkan dengan perkataan Wanted.

Gambar posting facebook Aeril Zafrel.

“Sesiapa yang mengetahui orang dalam gambar ini yang bernama DATO AHMAD SHAZALI BIN ZAHIDI atau mengenali WARIS beliau, sila maklumkan kepada mereka yang saya mencarinya dan kepada yang mempunyai maklumat boleh DM saya atau hubungi manager saya (AMAN) 017 3066332.
“Sesudah berbagai usaha dan saluran digunakan secara berhemah dan berhikmah tetapi beliau terus ‘melarikan diri’ dan berdiam diri serta enggan memberi respons bila dihubungi untuk bertemu menyelesaikan masalah yang sudah berlanjutan 19 bulan.
“Barangkali ini cara terakhir yang saya ada setelah setahun lebih bersabar dengan berbagai alasan dan karenah beliau serta tempoh pengangguhan sudahpun berakhir. “Akhirnya beliau ‘hilangkan diri’ hingga sukar dijejaki anak-anaknya sendiri. Pelik. Tapi saya serahkan urusan itu pada ALLAH dan saya berikhtiar untuk menuntut hak saya dan isteri. Bukan dengan niat mahu memalukannya tapi beliaulah yang telah memalukan diri sendiri.
“Kepada Dato, isteri atau warisnya, saya sekadar mengingatkan sebagaimana tuntunan agama setelah semua jalan penyelesaian tertutup.
“‘Dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi ALLAH dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli ; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada ALLAH ; ALLAH mengajarmu ; dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu’. (QS. Al-Baqarah : 282)’
“Semoga sebenar-benar taufiq hidayah ALLAH buat kalian. Sesungguhnya tidak pula saya merasakan berat ujian hidup ini tapi kalianlah kelak yang akan menanggung bebannya.
“Berhati-hatilah kalian dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” (Riwayat Al Bayhaqi)
Sekian,” tulis Aeril dalam laman Facebook dan Instagramnya semalam.