Empat tahun lalu anak muda dari Srinagar, Kashmir, Adnan Khan mencuba nasib menjadi penyanyi rap di negeri yang popular dengan gelaran Syurga Dunia itu. Kini namanya semakin dikenali di kalangan anak muda yang meminati genre muzik rap di sana.

Lagu terbarunya Tanha yang dirakam secara duet bersama penyanyi Nawaab Raather sedang popular di sana. Lagu tersebut boleh didengar di laman youtube  https://www.youtube.com/watch?v=zyCcYhKBs4Q&feature=youtu.be . Sebuah lagu lagu duet mereka berjudul Yaar Sare Talli juga mendapat sambutan hangat.

Wajah kacak menarik perhatian peminata muda.

“Muzik rap semakin diterima di Kashmir sekarang. Saya akan terus perjuangkan lagu-lagu rap,” kata Adnan kepada Gondang Online.

Dia bukan sekadar  mempersembahkan rap sebaliknya turut mencipta dan menerbitkan sendiri lagu-lagu nyanyiannya.

Adnan mempunyai cita-cita tinggi untuk mempopulatkan lagi muzik rap yang dihasilkan dalam bahasa ibundanya, Kashmir.

“Semasa saya belajar di gred 7, saya sudah mula belajar menulis lagu, tapi pada masa itu saya tidak begitu faham pasal muzik sangat.

“Tapi  sehari ke sehari, saya semakin faham. Saya berkorban banyak benda untuk memperjuangkan muzik saya.

“Saya membeli kamera pertama semasa di Gred 9. Keluarga saya juga banyak membantu mengetengahkan saya dalam bidang seni ini,” kata Adnan.

Adnan juga sedar ada lagu rap yang dinyanyikan dengan lirik yang berbau negatif.

Kebanyakan lagu rap di mana-mana sahaja pun lebih kepada mengetengahkan protes. Namun Adnan tampil sebaliknya. Dia mambawakan lirik positif.

“Saya menggunakan bahasa yang baik dalam lagu-lagu saya, tidak seperti lagu-lagu rap lain.

“Lagu saya bercerita pasal kawan-kawan saya, apa yang kami buat, kepayahan dan cabaran kami dan sebagainya.

“Saya juga membawakan muzik pasal cinta,” katanya.

Dia juga menciptakan sebuah lagu khas untuk guru rapnya, Bohemia yang sangat terkenal di India berjudul Bohemia My Guru bersama Nawaab.

 

A