Industri hiburan hari ini kehilangan sebutir lagi permata berharga kepada industri iaitu seorang komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan.

IMG_20160318_16548Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.15 pagi ini di Hospital Selayang akibat pelbagai komplikasi penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman Malaysia.

Adnan,  57, banyak menghasilkan lagu balada yang popular nyanyian Azlina Aziz, Datuk Shiela Majid, Datuk Jamal Abdillah, Aishah, Fauziah Latiff, Nora, Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan ramai lagi.

Lagu Jerat Percintaan ciptaannya yang dinyanyikan oleh Siti berjaya memperkenalkan penyanyi itu ke industri hiburan.

Anak sulung daripada empat beradik ini meninggalkan tiga orang anak. Adik adiknya juga aktif dalam seni sebagai komposer iaitu Azman, Nina dan Azlan Abu Hassan.