Sememangnya menjadi impian setiap pelakon dari mana mana wilayah di India untuk mencipta nama di Bollywood.

Pelakon muda dari Dalgate, Kashmir, Adil Pala, 20, juga menyimpan impian tinggi untuk menjadi pelakon utama di Bollywood.

Setakat ini usahanya sudah menampakkan sinar apabila muncul dalam filem Bajrangi Bhaijan walaupun hanya sebagai pelakon tambahan.

Adil Pala

Sudah ada yang mula nampak bakatnya, namun pendemik Covid-19 membantutkan peluangnya untuk mendapatkan peluang.

“Saya menyimpan harapan agar suatu hari nanti akan dapat peluang lakonan berwatak dalam filem di Bollywood,” kata Adil kepada Gondang Online melalui mesej langsung melalui Facebook.

Sekarang dia di Srinagar, Kashmir dan akan muncul dalam beberapa projek baru di sana.

Dia berharap usaha yang dilakukannya akan memberi perangsang kepada anak muda lain untuk mencari peluang mencipta nama.

Perjalanannya bukan mudah, dia bermula sebagai pelakon di Kashmir empat tahun lalu semasa berusia 16 tahun.

“Saya mula berlakon beberapa watak di Kashmir dan dapat satu projek TV show Famous Voice of Kashmir yang menjalani penggambaran di Tagore Hall, Srinagar.

“Selepas mengadakan persembahan itu, saya ditawarkan watak Adil dalam drama bersiri Avrodh yang disiarkan di Sony Live. Walaupun malakonkan watak negatif, tapi saya dapat pengalaman baru dan meningkatkan tahap keyakinan diri,” katanya.

Adil dalam satu persembahan

Dalam masa sama, dia juga dapat tawaran watak utama dalam filem di Kashmir yang ditayangkan di pra festival filem antarabangsa.

Selepas muncul dalam filem itulah dia mula dapat peluang ke Bollywood dan menjadi pelakon tambahan dalam Bajrangi Bhaijan dan Raazi yang dibintangi oleh Salman Khan, Kareena Kapoor dan Katrina Kaif.

“Sekarang saya buat periklanan tempatan, klip video, siri Doordarshan Urdu dan Doordarshan Kashmir,” kata Adil.