Kes permohonan perceraian pelakon Adi Putra terhadap isteri pertamanya Aida Yusof di Mahkamah  Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini, ditangguhkan lagi kerana pelakon kelahiran Singapura itu tidak hadir.

Inilah kali kedua dia tidak hadir. Pada sebutan pertama pun dia tidak hadirkan diri untuk sebutan permohonan yang difailkannya itu. Dia dijadualkan muncul di hadapan Hakim Tuan Izzat Syazli Mushid pada pukul 9.30 pagi.

Sumber mahkamah memaklumkan, tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pihak Hakim pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan selepas perbincangan dengan Adi.