Industri hiburan kehilangan seorang lagi penyanyi hebat era 1960-an serta mempunyai bakat besar dalam bidang muzik tanah air iDato A Rahman Hassan pada usia 73 tahun.

Allahyarham Dato A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.40 pagi tadi di Hospital Ampang Kuala Lumpur akibat komplikasi paru-paru,

Anaknya Khir Rahman memuatnaik status pemberitahuan menerusi media sosialnya sejufus selepas pemergian arwah.

Jenazah beliau akan dibawa kerumah beliau di Taman Sri Ukay Ampang. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Oerkuburan Islam Taman Keramat.

Allahyarham adalah vokalis kumpulan Orkes Nirwana dan pernah memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik Anugerah Kecapi Papita 2006, antara lagu-lagu popular arwah adalah Tak Mengapa, Semoga Berjaya, Bimbang, Hanya Untukku, Perpaduan Hidup, dan banyak lagi.

“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga arwah,” kata Persatuan Seniman melalui satu kenyataan media