Penerbit Datuk A. Aida mengaku tidak lagi bertudung sejak hujung tahun lalu. Dia mengejutkan orang ramai apabila tampil dengan rambut lepas.

Dia muncul tanpa tudung pada Anugerah Juara Lagu ke 34 malam tadi. Dia ialah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suib dan muncul ditemuramah pengacara Sherry AlHadad, Haziq dan Awal Ashaari.

“Ya saya tidak lagi bertudung sejak dua bulan tapi saya tak mahu cakap pasalnya,” kata A. Aida.

A. Aida mula bertudung selepas berkahwin dengan Ariff Aziz pada Julai 2018.