Gandingan penuh kimia Mira Filzah dalam drama Cinta Si Wedding Planner bersama Adi Putra
telah berjaya meraih 4.5 juta jumlah tontonan bagi episod akhir 16 Februari lalu.

wed-3Tarikan istimewa yang menjadikan drama ini lebih menarik adalah apabila pengarahnya iaitu Along Kamaluddin berjaya menggambarkan perhubungan
di antara suami isteri iaitu Izara Batrisya  dan Fariz Adryan walaupun tanpa perlu  bersentuhan.

Ini juga membuktikan Adi Putra  yang juga duta DFKL 2016 masih mengekalkan momentum popularitinya dan bakat pendatang baharu, lebih lebih lagi bertudung seperti Mira Filzah diterima baik oleh penonton.

wed-2Cinta Si Wedding Planner mengisahkan mengenai Izara Batrisya (Mira Filzah) seorang gadis yang bercita-cita tinggi dalam bidang perancang perkahwinan (wedding planner) bertemu dengan seorang lelaki penuh egois,  Fariz Adryan (Adi Putra).

Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz yang kemudiannya membibitkan rasa cinta. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya. Mereka saling mengenali dan berkahwin.

Karakter Fariz yang panas baran  telah berubah menjadi suami yang sangat baik dan begitu juga Zara yang menjadi isteri sempurna kepada Fariz. Sehinggalah, cinta pertama Fariz, Shirah (Shikin Kamal) muncul  kembali menagih kasih Fariz yang pernah ditinggalkannya kerana mengejar cita citanya.mira filzah-1

Pelbagai konflik dicipta oleh Nadia dengan watak Shirah dek gangguan jiwa yang dihidapi  semenjak kehilangan kembarnya itu hingga  menyebabkan rumahtangga Fariz dan Zara berantakan. Namun, cinta sejati mengatasi segalanya. Faiz dan Izara kembali bersatu dan  perhubungan mereka berakhir dengan bahagia  serta turut dikurniakan cahaya mata yang  mengikat lagi tali kasih sayang di antara mereka.

Selain Adi Putra dan Mira Filzah, drama 28 episod terbitan Primeworks Studio ini turut dijayakan Fadlan Hazim, Shikin Kamal, Rosnah Johari, Dian P.Ramlee, Wan Sharmila, Idris Md. Diah dan ramai lagi.

Selepas tamatnya Cinta Si Wedding Planner, drama Tundukkan Playboy Itu pula akan bersiaran di slot Akasia, setiap  Isnin hingga Khamis, jam 6.58 malam di TV3  bermula 17 Februari.