Pelakon drama Mior Ahmad Zaudi Mior Ali meninggal dunia pukul 5.40 pagi ini kerana sakit jantung.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jenazah akan dimandi dan disolatkan di Masjid Nurul Ihsan, Jalan Seri Cheras 4, Taman Seri Cheras, Batu 9. Persemadian di Tanah Perkuburan Cheras Perdana tengah hari ini.

Semasa di hospital baru baru ini.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sahabat saya, pelakon Mior Ahmat Zaudi  telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6.00 pagi. Salam takziah buat keluarga Allahyarham,”tulis pelakon Zulkifli Ismail dalam Facebook hari ini.