Penulis Siti Jasmina Ibrahim teruja apabila skrip drama bersiri 3 Pending Ibu karyanya diterima oleh stesen TV RTM untuk diterbitkan bagi mengisi slot drama khas sempena merdeka tahun depan.

Dia sangat teruja kerana itulah skrip drama bersiri pertama tulisannya yang akan diarahkan oleh suami, Khir Rahman. Jasmina berkongsi berita gembira itu dalam laman Facebooknya hari ini.

“Pagi tadi kami berdua saja kali ini mengadap panel tv… dua hari lepas baru dimaklumkan ada mesyuarat khas ini dan macam lipas kudunglah kami buat persediaan. Alhamdulillah semua berjalan dengan sebaik baiknya. 
Drama Siri (projek khas)
13 episod ‘ 3 Pending Ibu’ selesai dibincangkan dan mendapat kelulusan… sempena merdeka 2018, Insya-Allah.  Idea asal dan skrip saya dan arahan senyawa saya Khir Rahman.

“Yeahhhh! Ini pertama kali abang mengarah drama siri dari skrip saya. Suspen I.
(Selalunya kalau dia baca skrip saya, saya akan kecut perut sebab dia sangat teliti sebagai aktor melihat dialog dan perwatakan dalam cerita dan sebagai pengarah melihat plot dan visualnya.

“Yang lucunya, saya baca semula storyline treatment sendiri yang saya hantar Mei lalu, saya sendiri kata ‘susahnya cerita ni  Jasz!!  Apa-apapun syukur tak boleh merungut. Rezeki Alhamdulillah.
Semoga dipermudahkan prosesnya tahun hadapan.  Siri ini akan diterbitkan oleh MJ Klasik untuk RTM,” tuliasnya.