Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah.

Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.

Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA, Hello Kitty dan rakan-rakan kini di Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur

Pameran sedang berlangsung di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019 mulai pukul 11. 00pagi hingga 9.00 malam setiap hari. 

Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru.

Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia.

Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui kini dipamerkan di pameran ini.

Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong.

Pameran ini membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung.

‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.

Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur juga dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan.

Untuk butiran lebih lanjut
Laman web rasmi : www.oursanriotimes.my
Facebook : Our Sanrio Times Malaysia
Instagram: oursanriotimes.malaysia
Laman web pembelian tiket: www.ticketcharge.com.my
Hotline: +603 9222 8811
Kategori Tiket : – Warganegara Malaysia: RM33

  – Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
    – Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60   
                 *Tiket juga boleh dibeli di kaunter tiket berhampiran pintu masuk pameran.   
                                **Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran    untuk kemasukan.
***Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan.     Tertakluk kepada terma dan syarat.

Terdapat Zon Permainan di ruang pameran menampilkan lima permainan menyeronokkan: Finding Ribbon, Feed ‘D’ Fish, Let Me Roll, Shark Hunting dan Rolling Stone, pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik. Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut mengenai permainan dan hadiah.

Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.


Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia – Sanrio, diasaskan dengan falsafah “Hadiah Kecil, Senyuman Besar” yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur, telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak lagi. 

Our Sanrio Times
Pintu masuk ini menampilkan gaya penuh berwarna-warni Sanrio yang jelas menggambarkan tema utama pameran “Our Sanrio Times” dan secara rasmi membuka tirai perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Dari generasi mana pun anda, selalu ada masa Sanrio untuk anda.

Sanrio Time Tunnel
Sebanyak 100 ahli keluarga Sanrio yang dicipta dari tahun 1970-an sehingga kini digambarkan dengan jelas. Melalui Sanrio Time Tunnel, pencinta Sanrio boleh membuka kunci kenangan mereka yang unik.

The Retro Classic
Replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama dicipta Sanrio dan julung kali dipamerkan di Malaysia. Peminat generasi pertama Sanrio pasti teruja dan berasa seronok di zon ini.

The Plushy World
Menampilkan patung Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 boneka mewah terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio.

Paper Doll Fun
Pelbagai jenis anak patung kertas gergasi membuat pengunjung mengenang zaman kanak-kanak yang meriangkan dengan kawan-kawan. Semua orang boleh mencampur dan memadankan gaya Kiki dan Lala dengan almari kertas yang hebat.

Vintage Stationery House
Zaman persekolahan pastinya menjadi tempoh penting dalam kenangan kita membesar dan pastinya semua orang memiliki barangan Sanrio ketika sekolah. Di zon ini, terdapat pelbagai barangan alat tulis klasik Sanrio dari 1970-an atau 1980-an yang pasti mengamit memori pengunjung.

Drawing Classroom

Pereka Sanrio dijemput untuk terlibat dalam pameran ini dan mereka menyediakan demonstrasi lakaran untuk 9 watak utama Sanrio.

Dalam kelas ini, kita semua dapat menyaksikan bagaimana watak Sanrio yang comel dilukis dari awal satu persatu. Mari belajar bagaimana untuk melukis watak kegemaran anda.

Small Gift Big Smile
Pernahkah anda mendapat kejutan dan meraih kepuasan dengan hadiah kecil ketika berbelanja di Sanrio Gift Gate?

Untuk menonjolkan falsafah “Hadiah Kecil Senyuman Besar” dari Sanrio, anda boleh berkongsi kebahagiaan dengan sahabat tersayang melalui hadiah kecil dari Sanrio.

Sanrio Village
Di sinilah tumpuan utama pameran ini. Terdapat klasik Sanrio Train dengan reka bentuk yang dicipta sama seperti Sanrio Gift Gate of Gotanda, Tokyo pada tahun 1970-an.